Apabila Pelanggan Tidak Puas Hati Dengan Proton Preve

by Apadehal on July 14, 2012

Apa sudah jadi ni? Proton Preve yang diwar-warkan sebagai salah satu kereta terbaik keluaran Proton telah mendapat feedback negatif daripada pengguna. Dikhabarkan berlaku di cawangan Proton Sungai Besi, seorang pelanggan yang tidak berpuas hati telah menampal beberapa keping kertas yang tertulis nota menunjukkan ketidakpuas-hatian beliau terhadap Proton Preve.

PROTON PREVE
PROTON PREVE

Lagi gambar after the break~

PROTON PREVE BERMASALAH
Kalau tak mampu untuk buat kereta berkualiti…..
TUTUP SAHAJA PROTON

PROTON PREVE BERMASALAH
GPS ROSAK… Tiada penyelesaian

PROTON PREVE CEPAT ROSAK
Tak sampai sebulan ENJIN BOCOR

PROTON PREVE CEPAT ROSAK
Harga RM72+++ kualiti ?????

PROTON PREVE TIDAK BERKUALITI
PROTON PREVE TIDAK BERKUALITI

Camni baik beli kereta Myvi je, boleh terbang lagi. LOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 24 comments… read them below or add one }

dotdot July 14, 2012 at 11:13 am

sya bru guna Proton FL 7 bulan,,la ni dh tak bolh msuk gear P (parking)…cammonlh Proton beroperasi dah lebih 20 thn…

Reply

Nizam6281 July 14, 2012 at 12:09 pm

Setakat tulis2 tapi takde bukti by video or pictures so boleh jadi ia fitnah atau orang Melayu yang denki taknak syarikat negara sendiri bangun.
Alahai teruknya pemikiran macam ni.

Toyota sendri sebelum dia establish ada juga kecacatan. Tapi diorang improvise. Malaysia baru beberapa tahun. Sabar lah sikit.

Reply

Nuri Izemrat Nasir September 25, 2012 at 11:55 am

Proton dah 27 tahun bang….tak kan tak boleh improved lagi? KIA baru 18 tahun …awak tengok lah macanan advancednya mereka. KIA punya market around the globe Bro… Walau KIA pun ada problem, tapi their much better than proton.

Reply

Faizal July 16, 2012 at 12:21 am

Sabotaj ni bro…
Dengki dgn preve la ni..

Reply

Abe July 16, 2012 at 9:10 pm

haha..biasa la..satu pihak mahu membuktikan Proton ni macam tahi.. produk Dr.Mahathir…lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya.. cuba kalau DS Anuar jadi CEOnya.. fuhhh..melangit pujian kot..

kes sabotaj je ni:) maklumla, sejak Preve muncul ada yang sales jatuh menjunam sehingga tak boleh reveal jumlah jualan..hihi

p/s: “Kalau tak mampu untuk buat KERATA berkualiti”??? spelling pun salah..haha.. kesian, siapala diupah buat macam ni..

Reply

Awang Nano July 16, 2012 at 9:18 pm

beli jela Civic baru, honda city baru tu.. tak perlu PROVOKE Proton pun..
semua rakyat malaysia pakai proton… kerosakan sikit2 tu lumrah la bagi kereta… selagi ada waranti boleh repair..ok la 5 tahun waranti dari sesetengah pengeluar 3 tahun je..

Reply

mohsin July 17, 2012 at 2:39 pm

setakat letak tampal kertas A4 jadi apa?
cuba buat sticker tak puashati mcm Honda Accord hitam owner dah buat!
Berani ke?

Reply

Malaysia Supporter July 18, 2012 at 9:34 am

Confirm kereta xhbs running dh hentam,klau dh mcm ni pkai kereta mahal pun enjin bocor.gps rosak tu msti sbb tngan tu gtal sgt asyik tekan2 mklumlah msti mcm rusa bru msuk kmpgkn.ckap byk bleh la,cba bg dia jdi CEO proton tgk kualiti ke x dia buat.dh 3 biji kereta mers bapak aku tkar,ada jgak problem.come on la bro,kerta dri negara mna pn akn problem gak.smpai bla nk jtuhkn malaysia ni.support la skit,biasa la kereta bru mesti ada skit problem lumrah dunia apa.xada yg perfect.aku tgk org lain pakai preve dh nk dkat 2 blan xada pn enjin bocor n problem lain.seblm ni aku pkai proton waja bkn nk ckap besar la dh nk dekat rm25K aku repair kerta xada pn aku bsg.mgkn org bru nk matang tu yg kutuk mcm2 kn.aku nk order preve utk raya tahun ni,bru la anak malaysia.apa2 pn aku support proton n malaysia.

Reply

AnakAdam July 19, 2012 at 12:49 pm

Saya pemilik exora CFE no pendf. RKxxxx yg enjin sama dengan PREVE CFE. Masalah yg sy hadapi:
1.) Talipinggang kledar tersekat. telah diatasi dgn tindakan brutal merentap melepas bbrp kali -OK

2.) Kebocoran minyak enjin pada bahagian unit CFE akibat bolt tak dikunci rapat. Pada mulanya mekanik eon ingat kebocoran pd takung minyak. Lalu diorder part berkaitan. Setelah seminggu takung baru sampai. Rupa2ny takung x rosak tapi bolt CFE yg longgat. Ini dah buang byk masa saya. Mgkin salah mekanik yg xda cuai dlm diagnos. – OK

3.) Bunyi nyaring pd IAFM , telah ditukar baru -OK

4.) Bunyi bising (kemungkinan belt) ketika enjin blum panas ** dan bunyi bising spt ketukan dram kecik – blum diatasi wpun dilaporkan brsama masalah no 3. **Untuk perbandingan tiada bunyi ini pada kereta Exora CFE yg normal.- KO

5.) Bunyi kruk mgkin pada sistem gantung diatasi setelah bhg tertentu diketatkan- OK

6.) Lampu brek blkg sblh kanan lbih malap -KO

Itu masalah keta sy. Exora CFE mengalami kebocoran minyak enjin pada penyambung hos. Apabila dibawa ke mekanik luar, mekanik luar tersebut terkejut dn mendakwa cara sambungan hos tidak menepati keperluan enjin turbo yg bertekanan tggi.

Saya harap pihak proton insaf dan perbaiki kelemahan. Saya membeli kereta nasional berbekalkan 3 faktor 1-murah 2-patriotik 3-berkualiti (ingat proton telah insaf rupany tidak)

Reply

Nuri Izemrat Nasir September 25, 2012 at 12:01 pm

Proton Service Center…memang hampehhh. Dah lah staff dia tak friendly, Service charges and parts mahal gila… mekanik dia org pun bukan pandai sangat. Mekanik kat luar sana lagi bagus even under pokok cherry one. Toyota and Honda Service Center are much better and more convinience….

Reply

AnakAdam July 19, 2012 at 12:52 pm

* salah taip pembetulan
Itu masalah keta sy. Exora CFE kawan sy juga mengalami kebocoran minyak enjin tapi pada penyambung hos. Apabila dibawa ke mekanik luar, mekanik luar tersebut terkejut dn mendakwa cara sambungan hos tidak menepati keperluan enjin turbo yg bertekanan tggi.

Reply

malaysia July 28, 2012 at 12:24 am

blah.. nk pasang turbo kat campro? material enjin masih kurang lha bro~~
kalau nk kualiti.. buat lah dekat negara yg betul2 power.. ex. Jepun.
kereta kepunyaan ayah saya iaitu proton iswara yg dah berusia 18 tahun ( sampai abang saya masuk universiti lagi) enjin masih pick up… masih power.. x pernah hantar bengkel pun… selalu redah ladang yg jalannya berlopak2 semua.. material barang lama lagi bagus dari sekarang.. dulu bersama dengan mitsubishi okey jer.. nk buat kereta sendiri pun belajar lah dulu daripada yang pakar . nih lagi satu buat kereta rally dah lah guna pakai teknologi lotus.. pemandu rally pun bukan orang malaysia.. engineer2 nya pun sama… nmpak sangat proton cumer serahkan kat lokus.. tiada usaha untuk mempelajari dan memperbaikinya -.-

Reply

Tun August 8, 2012 at 12:46 am

Salam,
Sy pengguna proton yg setia. setia kerana buatan Malaysia. sebelum ni guna waja,walaupun ada masalah sikit2 sy tutup mata sj sbb sy kira kesilapan ada berlaku kpd mana2 jenama kereta.baru2 ni sy beli preve krn sy percaya model baru ni pasti lebih baik lagi dgn kewujudan proton lebih 20thn dalam market,tentu byk belajar dari kesilapan. tapi kepercayaan sy seolah2 dipermainkan. masa test drive,sy dapati preve memang best. sy beli preve premium cvt 1.6 auto.bila sy dapat preve sy 3 bln lepas,sy rasa enjin x stabil, berbunyi kuat dan keluarkan asap hitam semasa dihidupkan.malu betul sy sbb guna kereta baru tp byk masalah.sy kemukakan masalah kpd EON servis dimana sy beli kereta tu. tapi smpai sekarang diorg masih belum dapat settle masalah sy. sy ajukan kepada proton holdings,sy nk tengok sejauh mana diorg akn ambil tindakan.kalau x settle juga,sy akan saman…insyaallah.

Reply

SAGA BLM August 8, 2012 at 8:03 am

Tuan Syarikat Proton gak yang kaya raya… pembeli tertipu… melayu mudah lupa tak serik-serik.

Reply

Bosh8888 August 9, 2012 at 12:47 am

Proton Malay pnya… so proton jdi ancaman kpd bisnes pengedar2 kereta import yg majoriti org cina… so saper yg buat nie?? parti pembangkang ler… bkn aku nk racist.. tp FAKTA atas kebiadaban mereka…

Reply

Bosh8888 August 9, 2012 at 12:49 am

peniaga2 cina cuba hndak mnjatuhkan indusrtri2 berat malay…

Reply

gua October 1, 2012 at 8:40 am

Kau punya pemikiran yang sempit ini takkan buat Proton sedar tentang mutu. Kalau orang Melayu terus nak membela Proton walau pun mutu keretanya rendah, padah lah Proton.

Kita kena tanya adakah Proton pembuat kereta kampung ?. Kalau ya, mampuslah. Kalau tidak, Proton kena ambil iktibar dari kritikan pembeli dan memperbaiki mutu keretanya.

Reply

riezal September 12, 2012 at 12:04 am

yang dok kutuk2 kereta preve… cuba google dan type kat search engine: BMW problem, honda civic problem, toyota problem…bla..bla hingga ferrari pun ada problem! berderet2 blog/web yang bincang problem kereta2 luar tuh….. so apa nak kecoh dan bising pasal preve?

dlm pada org mesia dok kutuk kereta proton…jualan proton/perodua tetap paling tinggi..pasal apa? pasal murah….org yg dok kutuk2 ni pun silap2 tak mampu beli kereta continental…

Reply

gengbmx September 12, 2012 at 5:15 pm

saya dari dulu pkai proton,asalnya proton wira smpai skrang honda…wira walaupun baru x kan setanding honda yg lama…kualiti kereta luar mmg berbeza sekali dgn proton walaupun usia honda sy hampir 20 tahun…sy prefer beli perodua lebih okay berbanding proton…xde guna nya kita beli proton tp kita x dpt kualiti yg kita ingin kan…sedangkan menteri pun pkai bmw…melainkan kereta2 jabatan…perdana sendri pun mcm2 hal…maintenance mengalahkan kereta import…mcmane?…

Reply

Haha September 18, 2012 at 11:18 pm

Haha… Sedihnya tengok budak2 xde otak yg balas di sini….

Reply

roti_jagung October 17, 2012 at 7:08 am

kerete preve sy lepas servis kli ke 2(10 000km) didapati myk htam leaking &4 bolt y sptunye dipsng xde kecuain semse production..skrg kerete x blh bwk jln jauh bhye jika myk msuk ke timing belt….sedihnye…

Reply

pecinta_hijau November 10, 2012 at 6:22 pm

plan nk angkat preve..tunggu loan ngan cimb lulus je next week..bila baca byk sgt bad review proton ni hamba decide utk kensel kan booking ambe..rasanya x berbaloi utk melabur 70K++ dgn monthly komitmen rm7++ selama 9 thn dgn kualiti mcm ni.. ( org buat report problem pasal proton pun ada yg terfikir ni provokasi pembangkang??kamon laa jgn byk sgt baca utusan ngan tgk tv3..jd manusia bijak sikte OK?? kelakar la pulak bile baca komen2 yg ada dkt sini, ramai yg masih kekampungan, jumud dan berfikiran tahap macai..) .kita nk beli kenderaan utk kegunaan harian, keselesaan dan keselamatan diri..x de maknanya nk patriotik2 sgt..nasionalism bkn jalan ke syurga pun.. no offence yer =)

Reply

aza March 16, 2013 at 9:28 pm

Proton tolong jangan aniaya pelanggan…bayar puluhan ribu tapi kualiti out..Boleh tak buat kereta tu molek-molek kalau adalah masalah jangan lepaskan ke-tangan pelanggan.Jangan jadikan pelanggan sebagai mangsa syarikat..nanti org dah hilang kepercayaan macam mana..tolong ya..jangan sesekali aniaya pelanggan..jangan sesekali aniaya pelanggan..kalau saya tahu lebih beli kereta terpakai dari lain-lain jenama lagi baik..lepas maaf la ya..tiada lagi proton dihatiku..sekali aku tersilap takkan tersilap kali kedua..3 tahun lagi aku let go ptreve cfe tak guna ni…..

Reply

Daus April 10, 2013 at 10:46 am

Kereta Proton yang berasal dari Mitsubishi (Iswara, Wira, Satria, Inspira) adalah yang paling bagus. Penyelenggaraan yang mudah, spare part mudah diperoleh, lebih murah, lebih kualiti dari part yang menggunakan logo Proton sendiri.

Manakala bagi model asal Proton sendiri seperti Waja, Gen.2, Persona, Satria Neo, Saga BLM & FL, Exora dan Preve, anda terpaksa berpuas hati dengan spare part keluaran tempatan atau yang berlogo Proton yang rendah kualitinya.

Model seperti Perdana dan Waja 1.8, dibelenggu pelbagai masalah yang tak berkesudahan dan kos penyelenggaraan tinggi.

Manakala model Savvy transmisi AMT, juga penuh dengan masalahnya tersendiri kerana jenis transmisi yang pelik. Versi manual tiada masalah, malah diakui tahan dari segala aspek dan pilihan alat ganti sama ada dari Renault atau Proton. (Peliknya, alat ganti dari Renault lebih murah.)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: