Singapore Airlines telah memperkenalkan suite peribadi mewah dalam pesawat A380 mereka yang mana ianya merupakan satu penyelesaian terhadap masalah yang sering dialami penumpang yang menaiki penerbangan jarak jauh. Namun, kami percaya hanya mereka yang kaya sahaja mampu untuk menikmatinya. Bagi penerbangan dari New York ke Singapura misalnya, suite itu berharga AS$15,750 (sekitar RM50,150) seorang.
Dengan tiket semahal itu, penumpang diberi kabin sendiri yang dilengkapi tirai tingkap serta pintu gelungsur bagi memastikan privasi. Dan bagi mengelak gangguan dari bunyi filem yang ditonton oleh penumpang sebelah, pemilik sementara suite boleh menikmati siaran yang dikehendaki melalui televisyen 23 inci. Bangkunya pula bukan saja begitu luas, malah kemasan kulitnya dijahit dengan tangan oleh tukang jahit mahir dari Itali.




+ Details