OMG – Lelaki Berkulit Seperti Getah (5 Gambar)

by Apadehal on July 29, 2012

BUDAK GETAH!

GARY TURNER

Namanya Gary Turner dan kini berusia 41 tahun. Dia menghidapi sejenis Sindrom Ehlers-Danlos (EDS) iaitu gangguan genetik luar biasa yang menyebabkan sel-sel pada kulitnya lemah dimana kulitnya tidak menegang seperti manusia normal. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang menghidap sindrom ini akan mengalami gangguan pada otot sendi dan saluran darah.

Kulit Gary Turner sangat longgar dan boleh diregangkan seperti getah yang ditarik sehingga mampu menukar bahagian perutnya menjadi tempat takungan 1.4 liter air. Namun sindrom itu langsung tidak melemahkan Gary Turner sebaliknya dia mengubah penyakitnya itu menjadi kerjaya yang menarik perhatian orang ramai sekitar London, Britain.

Turner yang menyedari penyakitnya itu sejak berumur 10 tahun berkata, kulitnya begitu nipis dan dua kali ganda nipis berbanding ketebalan kulit manusia normal. Oh! Dan untuk info, sindrom ini hanya berlaku kepada satu dalam 10,000 individu seluruh dunia. Adakah anda salah seorang daripadanya? Mari lihat beberapa gambar Tunner kat bawah ni. Cekidaut~

GARY TURNER

Lagi gambar after the break~

GARY TURNER SKIN
GARY TURNER SKIN
GARY TURNER SKIN

+ whatsondalian.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Not To Impress You July 31, 2012 at 9:46 pm

Dia adalah pemegang Guiness World Record untuk kulit paling anjal (stretchiest skin). Ada video dalam Youtube :)

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: