Pelik tapi benar! Semua wanita dari etnik Yao, Perkampungan Huangluo di China memiliki rambut yang panjang dan ianya merupakan satu adat bagi mereka dimana kaum wanita hanya dibenarkan memotong rambut mereka sekali sahaja seumur hidup. Ya, sekali seumur hidup.
Selain itu, amalan ini juga tidak membenarkan orang lain terutamanya orang asing untuk melihat rambut kaum wanita ini terlepas bebas melainkan suami dan saudara-mara sahaja. Namun amalan itu telah lama dilupakan dan kaum wanita etnik Yao kini sudah dibenarkan untuk menunjukkan kecantikkan rambut mereka kepada sesiapa sahaja.
Sedikit fakta, Etnik Yao telah menerima pengiktirafan daripada Guiness World Record sebagai kampung pertama yang mempunyai penduduk rambut terpanjang. Purata panjang rambut penduduk di situ ialah 1.7 meter dan paling panjang ialah 2.1 meter. Panjang tak panjang?



Dalam pada itu, terdapat beberapa jenis ikatan rambut yang mana setiap jenis dan cara ikatan mempunyai maksud tersendiri. Dijelaskan melalui gambar kat bawah ni. Cekidaut~

Jika rambut kaum wanita ini digayakan dengan lilitan di seluruh kepala, maknanya dia sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak.

Jika ikatan rambut wanita itu mempunyai jambul kecil di hadapan, bermakna dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Dan jika dia memakai kain di sekeliling kepalanya, ini bermakna mereka sedang mencari cinta.
Kredit: dhanian.blogspot.com